Berita
COVID-19: 1,600 Kes Jangkitan Baharu, Negeri Sembilan Catat Kes Tertinggi, 2 Kematian Direkodkan
Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 1,600 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini yang mana tiga daripadanya merupakan kes import.
Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini mencecah 74,294 kes.
Negeri Sembilan menjadi negeri yang mencatatkan kes harian paling tinggi iaitu sebanyak 541 kes yang mana 500 daripadanya merupakan daripada kluster dalam penjara iaitu Kluster Bakti.
Selangor menjadi negeri kedua tertingi kes harian sebanyak 426 kes diikuti Sabah (248).
Pada masa sama, dua pesakit direkodkan meninggal dunia menjadikan jumlah angka terkorban akibat pandemik sebanyak 384 orang.
Bagaimanapun, seramai 1,033 orang berjaya sembuh menjadikan jumlah kes keseluruhan pesakit yang berjaya pulih seramai 62,306 kes.
Sehingga kini, sebanyak 11,604 kes aktif direkodkan di negara ini yang mana 129 mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi, manakala 57 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan.
Infografik: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)