Berita

COVID-19: 1,772 Kes Baharu, Kuala Lumpur Tertinggi Dengan Kluster Tapak Bina

gempak
Syafiqah Jalal
15/12/2020
11:00 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: 1,772 Kes Baharu, Kuala Lumpur Tertinggi Dengan Kluster Tapak Bina
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 1,772 kes baharu COVID-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media menyatakan jumlah kes positif COVID-19 kini adalah sebanyak 86,618 kes.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,515 kes.
"Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 696 kes (39.3 peratus) di mana 567 kes (81.5 peratus) adalah dari Kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam.
"Pelaporan kes kedua tertinggi mengikut negeri ini adalah dari negeri Selangor sebanyak 503 kes (28.4 peratus) dan diikuti dengan Sabah sebanyak 260 kes (14.7 peratus).
"Sebanyak 120 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (15 kes), dan Kluster Bakti (6 kes)," memetik kenyataan itu.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024