Laman Utama

COVID-19: 19,807 Kes Baharu, Pertama Kali KL Kurang Daripada 1,000 - "Baguslah, Tapi Jangan Longgarkan Lagi SOP"

gempak
Amri Hassan
22/08/2021
09:56 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: 19,807 Kes Baharu, Pertama Kali KL Kurang Daripada 1,000 - "Baguslah, Tapi Jangan Longgarkan Lagi SOP"
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 1,555,093 selepas 19,807 kes baharu dilaporkan pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 5,379.
Ia diikuti Sabah (2,638), Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Pulau Pinang (1,501), Johor (1,391) dan Kelantan (1,196). Penurunan kes jangkitan harian itu mendapat reaksi ramai yang terus mendoakan kesejahteraan negara tercinta.
"Kuala Lumpur untuk pertama kalinya kes kurang daripada 1,000.
"Sarawak kalau terus macam ni kena balik ke fasa 1 ker ni?
"Selangor dah kurang banyak tu...
"Datuk Seri Ismail Sabri angkat sumpah terus turun kes. Tanda pemimpin disenangi rakyat.
"Baguslah tapi jangan longgarkan lagi SOP. Penat nak tunggu lagi terutama sejak PRN Sabah buat hal," ciap beberapa pengguna di Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024