COVID-19: 22,070 Kes Dicatatkan Hari Ini, Kedah Melonjak Melebihi 2,000! - “Boleh Cepatkan Vaksin Kot”
Kes Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 22,070 direkodkan.
Jumlah itu sedikit menyusut memandangkan semalam Malaysia mencecah 24,599.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes kumulatif pula sebanyak 1,662,913 direkodkan.
Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 5,920 diikuti Sabah 3,010, Sarawak 2,224
Selain itu Kedah juga mencatatkan peningkatan sehingga 2,072 kes.
Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):
- Selangor - 5,920 (585,652)
- WPKL - 1,068 (169,773)
- Sabah - 3,010 (137,527)
- Johor - 1,809 (130,475)
- Sarawak - 2,224 (107,296)
- Kedah - 2,072 (91,099)
- Negeri Sembilan - 338 (90,318)
- Pulau Pinang - 1,829 (79,681)
- Kelantan - 1,051 (72,134)
- Perak - 939 (63,476)
- Melaka - 589 (46,841)
- Pahang - 610 (41,129)
- Terengganu - 488 (30,812)
- WP Labuan - 8 (9,799)
- WP Putrajaya -
Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-ratanya masih tidak berpuas hati dengan jumlah tersebut.
Menurut mereka, angka melebihi 20,000 merupakan jumlah yang cukup besar.
“India jauh lebih besar tapi kes now dah 25,000-30,000. Adakah kita lebih teruk”.
“Kedah tu kenapa naik tinggi sangat sampai lebih 2,000 kes”.“Kena giatkan vaksin negeri lain pula baru ok,” tulis beberapa netizen.