COVID-19: 22,597 Kes Dicatatkan Hari Ini, Kedah Terus Meningkat Lebih 2,000! - “Harap KJ Dapat Cari Jalan Penyelesaian”
Kes Covid-19 di Malaysia hari ini masih mencatatkan jumlah yang tinggi dengan sebanyak 22,597 direkodkan.
Jumlah itu sedikit meningkat memandangkan semalam Malaysia hanya sekitar 22,070 kes.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes kumulatif pula sebanyak 1,685,510 direkodkan.
Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 5,814 diikuti Sabah 2,834, Sarawak 2,427.
Selain itu kes di Kedah juga menyaksikan peningkat iaitu 2,126 kes berbanding 2,072 semalam.
Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):
- Selangor - 5,814 (591,466)
- WPKL - 1,111 (170,884)
- Sabah - 2,834 (140,361)
- Johor - 1,896 (132,371)
- Sarawak - 2,427 (109,723)
- Kedah - 2,162 (93,261)
- Negeri Sembilan - 345 (90,663)
- Pulau Pinang - 1,920 (81,601)
- Kelantan - 1,289 (73,423)
- Perak - 1,061 (64,537)
- Melaka - 269 (47,110)
- Pahang - 579 (41,708)
- Terengganu - 739 (31,551)
- WP Labuan - 5 (9,804)
- WP Putrajaya - 48 (5,284)
- Perlis - 98 (1,763)
Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-ratanya masih tidak berpuas hati dengan jumlah kes yang kian meningkat.
Kebanyakan mereka berharap supaya Menteri Kesihatan baru iaitu Khairy Jamaluddin dapat mencari jalan penyelesaian terbaik.
“Aku masih tak nampak solution kes turun”.
“Negeri Sembilan makin kurang weh, biar betul”.
“Harap KJ boleh do something kurangkan kes Covid-19,” tulis beberapa netizen.