Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

COVID-19: 3,297 Kes Baru, Lima Kematian & 4,456 Kes Sembuh

Asraf Aided 21/02/2021 | 10:51 MYT
Sebanyak 3,297 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan enam daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 283,569.
Dalam masa sama, jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan juga terus menunjukkan peningkatan dengan 4,456 kes dilaporkan sekali gus menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini sebanyak 249,209.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 24 jam lalu juga, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan ialah sebanyak 33,304 kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pertambahan sebanyak lima kes kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,056 kes.
Sementara itu, bagi penularan mengikut negeri, Perak merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,215 kes diikuti Selangor (868) dan Johor (431).
Setakat ini, sebanyak 209 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber/Kredit Foto : Astro AWANI
#COVID-19 #Pandemik #Kes Harian
;