Laman Utama
COVID-19: 3,337 Kes Hari Ini, Hanya 7 Kes Import, Rekod Tertinggi Baharu!
Kes harian kembali melonjak melebihi 3,000 dengan 3,337 kes dilaporkan sekali gus tertinggi dicatatkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka baharu itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 147,855 kes manakala, kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 32,377 kes.
Menurutnya, seperti dilaporkan Kosmo Online!, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 3,330 kes adalah penularan tempatan.
“Selain itu, sebanyak 15 kes kematian baharu dicatatkan menjadikan sebanyak 578 kes kematian terkini di Malaysia.
“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,710 kes dan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 merekodkan sebanyak 113,288,” katanya pada laman sosial rasmi beliau di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 195 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kredit foto: The Star