LAMAN UTAMA
COVID-19: 3,381 Kes Baru Dilaporkan Hari Ini
Negara melaporkan 3,381 kes baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,780,080 kes.
Jumlah kes mengikut negeri dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengamalkan pelbagai langkah pencegahan daripada wabak berbahaya ini.
Sumber: Astro AWANI