LAMAN UTAMA
COVID-19: 5,434 Kes Hari Ini, Terendah Dalam 112 Hari
Kes COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan dengan 5,434 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Menerusi laman sosial Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini berjumlah 2,396,121 kes.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bahkan, kes terbaharu yang direkod pada Isnin itu merupakan yang terendah sejak 28 Jun lepas.
Semalam, Malaysia turut merekodkan penurunan jumlah kes dengan 6,145 kes direkodkan.
Sumber: Astro Awani
Kredit foto: Mohd Rasfan/AFP/Getty Images