Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

COVID-19: 5,859 Kes Baharu, 45 Kematian Direkodkan

Awani 20/11/2021 | 09:16 MYT
Sebanyak 5,859 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini sepanjang tempoh 24 jam yang lalu.

Jumlah tersebut menunjukkan sedikit penurunan berbanding 6,366 kes yang direkodkan semalam.

Pertambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan pandemik itu dalam negara mencecah angka 2,581,747.

Wabak COVID-19 juga, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menyebabkan 45 lagi kematian menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia sebanyak 29,937.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Jangan leka, orang ramai juga dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika berada di tempat awam.

Selain itu, amalkan juga pelbagai langkah kebersihan yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya itu.

Foto dan sumber: Astro AWANI

#COVID-19
;