Laman Utama
COVID-19: 6,493 Kes Baharu Hari Ini, Selangor Masih Paling Tinggi
Angka kes harian COVID-19 kekal merekodkan melebihi 6,000 dengan 6,493 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 498,795 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor masih mencatatkan angka melebihi 2,000 dengan 2,163 kes.
“Seterusnya, Kuala Lumpur (641 kes), Sarawak (612 kes), Kelantan (467 kes), Kedah (434 kes), Johor (406 kes), Perak (382 kes), Negeri Sembilan (370 kes), Pulau Pinang (302 kes), Melaka (165 kes), Pahang (161 kes), Sabah (144 kes) dan Terengganu (139 kes).
Advertisement
“Labuan pula dengan 84 kes manakala, Putrajaya sebanyak 20 kes dan Perlis merekodkan tiga kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.
Sumber: Kosmo Online
Kredit foto: The Malaysian Reserve
Must-Watch Video