Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Covid-19: 6,509 Kes Hari Ini, Selangor Masih Tertinggi 2,409 Kes

Fiza Kamarudin 24/05/2021 | 10:38 MYT
Kementerian Kesihatan merekodkan kes baharu Covid-19 ialah 6,509 kes dan Malaysia kini merekodkan jumlah kumulatif angka jangkitan sebanyak 518,600 kes.
Menerusi akaun Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 2,049 kes.
Ini diikuti Sarawak; 530 kes, Kelantan; 451 kes, serta Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 468 kes.

A post shared by KKMM ?? (@kkmm_gov)

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu, seramai 204,153 penduduk negeri itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu hingga hari ini.
Menurut beliau, jumlah itu adalah sebahagian daripada 2,751,706 individu yang sudah mendaftar untuk PICK di Selangor.
“Dari sudut peratusan, 4.2 peratus populasi di Selangor sudah menerima suntikan vaksin.
Pendaftaran setakat ini 2.7 juta, jumlah yang tinggi tetapi angka ini sekitar 1.3 daripada keseluruhan populasi rakyat Selangor termasuk warga asing,” kata beliau selepas Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.
#Kes Harian Covid-19 #Jangkitan Harian #Selangor Masih Tertinggi
;