Berita

COVID-19: 691 Kes, Bayi Perempuan Antara Terkorban – Ini Pesan PM

gempak
Syafiqah Jalal
06/10/2020
11:25 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: 691 Kes, Bayi Perempuan Antara Terkorban – Ini Pesan PM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 691 kes baharu penularan jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam tempoh yang sama, Kedah merupakan negeri yang mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 397 kes.
Sementara itu, beliau berkata, Sabah pula mencatat negeri kedua angka tertinggi jangkitan untuk hari ini dengan 219 kes dilaporkan.
Paling menyedihkan, seorang bayi perempuan warga tempatan berusia setahun merupakan salah satu daripada empat jumlah korban terbaharu akibat COVID -19 yang direkodkan pada Selasa.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan itu, kes kematian ke-140 itu telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober lalu dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.25 petang semalam.
Selain itu, selebihnya kes kematian itu melibatkan tiga orang warga emas yang mana dua daripadanya berusia 60 tahun dan seorang lagi 85 tahun.
Noor Hisham memaklumkan perkara tersebut di sidang media menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa.
Selesai sidang media tersebut, Perrdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula muncul dalam Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook.
Menurut beliau, kerajaan tidak memikirkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau perintah berkurung di seluruh negara pada waktu ini.
Kata beliau, sekiranya PKP dilaksanakan sekali lagi, ia akan membawa kesan besar yang dikhuatiri akan meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara.
“Apa yang akan dilakukan kerajaan adalah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes-kes COVID-19 yang tinggi.
“Dengan ini, aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan lain yang tidak terjejas boleh diteruskan dengan amalan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.
“Saya percaya kesiasiagaan sistem kesihatan kita akan membolehkan kita menangani penularan COVID-19 tanpa perlu kita menutup sektor ekonomi yang pernah kita lakukan sebelum ini,” katanya.
Mengakhiri ucapannya, Muhyiddin seolah-olah cuba bertegas supaya semua rakyat tidak mengabaikan SOP untuk menghentikan penularan wabak COVID-19.
“Jika ada yang melanggar undang-undang (tidak mematuhi SOP) , hukuman kompuan dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat. Maaflah Abah mula menggunakan rotan sekarang,” tegasnya.
Untuk rujukan berikut merupakan pecahan kes pada hari ini;
KEDAH-397 -394 kluster Tembok (3 BWN) -3 kluster Bah Sintok
SABAH-219 -120 saringan bergejala (3 BWN) -36 saringan komuniti -30 kluster Bangau-Bangau (20 BWN) -19 kluster Ramai-Ramai (Kluster Baharu) -5 saringan kontak rapat -5 saringan petugas kesihatan -4 saringan masuk kerja
SELANGOR-39 -17 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi -11 dari kluster Jalan Meru -9 saringan kontak rapat (1 BWN) -1 kluster Embun -1 import BWN tiba dari Filipina
PERAK-8 -7 kluster Batu (Kluster Baharu) -1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
N.SEMBILAN-7 -7 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
JOHOR-6 -3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi -3 kluster Jalan Meru
KL-6 -1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi -1 kluster Jalan Meru -1 saringan pra-pembedahan -1 saringan kontak rapat -1 import WN pulang dari India -1 import BWN tiba dari Mesir
SARAWAK-3 -1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi -1 saringan Pintu Masuk Domestik -1 saringan kontak rapat
P.PINANG-3 -1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi -1 kes SARI -1 saringan kematian
PUTRAJAYA-1 -1 kluster Selasih
TERENGGANU-1 -1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
LABUAN-1 -1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Kredit Foto: CNA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024