COVID19: 7,509 Kes Dicatatkan Hari Ini! Netizen Mahu Semua Terima Hakikat Supaya…

Hanafis Haris
Oktober 16, 2021 10:37 MYT

Jumlah kes baru positif Covid-19 di Malaysia hari ini menyaksikan peningkatan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham

Abdullah, kes hari mencatatkan 7,509 kes berbanding 7,420 kes yang dilaporkan semalam.

Menerusi satu hantaran di Twitter, Noor Hisham memberitahu jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah 2,384,542 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah 2,384,542 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, orang ramai masih tenang dengan jumlah kes dinyatakan pihak kementerian.

“Kita kena terima hakikat hidup dengan Covid”

“Ok la kes tak naik sangat”

“Syukur, kes tak tinggi sangat,” tulis beberapa netizen.

Sehingga 16 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,509 kes (2,384,542 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #KKM #Covid19