Jumlah kes baharu wabak COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan jumlah paling tinggi setakat ini.
Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes baharu pada Sabtu, 17 Oktober 2020 setakat pukul 12 tengahari mencatatkan jumlah sebanyak 869 dan kesemuanya melibatkan kes tempatan.
Jumlah itu juga menjadikan kes keseluruhan di negara kita mencecah 19,627.
Kes sembuh baharu hari ini adalah sebanyak 302 menjadikan jumlah sembuh keseluruhan sebanyak 12,561 kes.
Jumlah kes aktif buat masa ini adalah sebanyak 6,886, 91 daripadanya dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 30 pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan, terdapat 4 kes kematian hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat wabak itu sebanyak 180 kes.
Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mengamalkan semua langkah pencegahan dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kredit Foto: Theedgemarket.com