Laman Utama
COVID-19: 8,817 Kes Baharu, Aik Selangor Naik Balik Jadi 1,000 Lebih!
Malaysia mencatatkan 8,817 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam hari ini.
Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pertambahan angka itu menjadikan kes positif COVID-19 dalam negara 2,294,457 kes.
Sarawak menjadi penyumbang tertinggi dengan 1,361 kes diikuti Selangor dengan 1,348 kes dan Kelantan 1,063.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meninjau komen pengguna Twitter, rata-ratanya risau dan bimbang dengan peningkatan semula kes di Selangor.
"Aik Selangor naik 1,000 balik. Kluster mana pula ni? Elok je semalam 600 lebih," ciap pemilik akaun @MJwmk13.
Tambah pengguna lain; "Selangor... You okey?"
Foto: The Edge Markets