Skip to main content

Viral

COVID-19 : Angka Masih Merisaukan.. Malaysia Catat 6,276 Kes Baharu

befunky-collagecovid19-(1).jpg
Sebanyak 6,276 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak berkenaan dalam negara 751, 979.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding semalam yang dilaporkan sebanyak 6,437 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 2,836 diikuti Negeri Sembilan (644) dan Kuala Lumpur (625).

Berikut adalah pecahan kes mengikut negeri:



Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di luar rumah.

Amalkan penjagaan kebersihan tangan dan diri yang rapi serta jaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam.

Sekiranya tidak ada kepentingan untuk keluar rumah, tolong kekal di kediaman masing-masing.

Must-Watch Video

Advertisement