COVID-19: Angka Naik Sikit, 799 Kes Baharu & 3 Kematian Hari Ini
Amri Hassan
30/10/2020 10:35 MYT
30/10/2020 10:35 MYT
Kes baharu COVID-19 di Malaysia mencatatkan pertambahan kes sebanyak 799 kes baharu pada Jumaat, 30 Oktober 2020.
Pertambahan kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif terkini kes dalam negara ialah 30,889 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes jangkitan baharu merupakan penularan dalam tempatan.
"Sebanyak tiga kematian baharu juga dicatakan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian ialah sebanyak 249 kes.
"Daripada kes baharu, tiada kes import dicatatkan pada hari ini," katanya ketika sidang media harian KKM.
Malaysia juga merekodkan 491 kes yang telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 20,248 kes yang bersamaan dengan 65.55 peratus.
Berikut Pecahan Kes;
Kes sembuh=491
Jumlah kes sembuh=20,248 kes
Kes baharu positif=799
(kes import=0, kes tempatan=799)
Jumlah positif=30,889 kes
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=249 kes
Kes dirawat di ICU=90 kes
Bantuan Alat Pernafasan=20 kes
Kredit Foto: IndustriALL Global Union, KKM