Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

COVID-19: Awal Laporan Keluar Hari Ini.. Malaysia Catat 1,529 Kes, Jumlah Menurun Daripada Semalam

Zulaikha Yusof 08/03/2021 | 08:15 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 1,529 kes jangkitan baru virus COVID-19 di negara pada hari ini.
Jumlah berkenaan menurun berbanding semalam iaitu 1,683 kes.
Daripada angka tersebut, Selangor masih mencatat jumlah harian tertinggi iaitu 726 kes.
Sarawak berada di kedudukan kedua apabila mencatat 252 kes dan diikuti dengan Johor iaitu 120 kes.
Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.
Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Malaysia #COVID-19 #Kes Harian
;