ANTARABANGSA
Covid-19: Bintang Mercedes-Benz Dikecilkan Promosi Jarak Hubungan Sosial
Seperti dua jenama automotif Jerman yang lain, Mercedes-Benz turut mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai jarak hubungan sosial (sosial distance).
Sebelum ini, Volkswagen dan Audi menjarakkan logonya untuk mempromosikan jarak hubungan sosial.
Kali ini Mercedes-Benz pula, yang mana bintang tiga di bahagian tengah dikecilkan sedikit dan tidak tersentuh dengan bulatan itu.
Logo untuk promosi jarak hubungan sosial itu disiarkan di Facebook rasmi Mercedes-Benz dan ia menerima sambutan baik dengan lebih 14,000 ‘like’ dan 1,300 perkongsian.
Di Malaysia pula, hari ini bermulalah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 yang mana ia kawalannya lebih ketat dan tegas.
Ini membabitkan arahan kenderaan persendirian hanya dibenarkan di antara jam 6 pagi sehingga 10 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan teksi. Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.