LAMAN UTAMA

COVID-19 : Catat 5,298 Kes Baharu, Pesakit Sembuh Adalah 4,522 ..

Zulaikha Yusof 31/01/2021 | 11:05 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 5,298 kes jangkitan baru virus COVID-19 di negara pada hari ini.
Daripada angka tersebut, 5,295 merupakan kes tempatan manakala tiga kes import.
Pada hari ini juga, sebanyak 14 kematian lagi dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 760 kes kematian direkodkan.
Bagaimanapun, sebanyak 4,522 orang pesakit berjaya sembuh dan dibenarkan pulang.
Begitupun, sebanyak 48, 150 kes lagi yang masih aktif dengan 313 pesakit daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 127 individu lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sehingga kini, Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 214, 959 kes setakat 31 Januari 2021.
Foto: Sinar Harian
#Virus #KKM #COVID-19 #Duduk rumah #Kes #Harian #Pakai Pelitup Muka