Laman Utama

COVID-19: Catat Penurunan, 18,762 Kes Baharu Hari Ini

gempak
Azwa Rahman
01/09/2021
08:21 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Catat Penurunan, 18,762 Kes Baharu Hari Ini
Sebanyak 18,762 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menurun berbanding 20,897 kes pada Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitternya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,765,016. Tambah beliau lagi, Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,711 kes diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Kedah (1,585) dan Pulau Pinang (1,762).
“Sebanyak 1,504 kes direkodkan di Kelantan, Perak (899), Pahang (715), Terengganu (506), Kuala Lumpur (573), Melaka (309), Negeri Sembilan (291), Perlis (33), Putrajaya (34) dan Labuan (3),” jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live