Hiburan

COVID-19 Di Malaysia Bakal Berakhir Awal Mei? Lihat Kajian Dikeluarkan Oleh SUTD Ini!

gempak
Hanafis Haris
26/04/2020
18:17 MYT
Sponsor Banner
COVID-19 Di Malaysia Bakal Berakhir Awal Mei? Lihat Kajian Dikeluarkan Oleh SUTD Ini!
Penularan wabak COVID-19 boleh diibaratkan sebagai mimpi ngeri buat kita semua khususnya di Malaysia.
Pastinya orang ramai menantikan supaya wabak ini dihapuskan sekali gus menamatkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, satu kajian dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) meramalkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia akan berakhir pada 6 Mei ini.
Menerusi laporan Astro Awani, data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab ipada Jumaat lalu itu adalah hasil penilaian dengan menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.
Model SIR digunakan untuk memodelkan penyebaran penyakit pandemik ini dengan penggunaan kalkulator grafik untuk memplotkan graf.
Sebelum ini model yang sama pernah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003 dan AIDS.
Menurut kajian itu, dunia hanya akan pulih sepenuhnya 100 peratus daripada virus COVID-19 pada 8 Disember manakala pada 29 Mei ini, peratusan jangkitan itu akan turun kepada 97 peratus.
Virus tersebut diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan sementara di Itali pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).
Daripada graf tersebut, jangkitan COVID-19 di Qatar pula dijangka berakhir pada 26 Jun iaitu antara yang terlambat daripada 28 buah negara itu.
Sumber: Astro Awani Gambar: Din Merican
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live