Viral
COVID-19: "Dia Selit Surat Ni Dekat..." - Terharu Dengan 'Kiriman' Jemaah Tabligh, Frontliner Ini Mohon Agar...
Seorang petugas barisan hadapan (frontliners) yang kini bertungkus lumus merawat pesakit COVID-19 mendedahkan surat yang diberikan oleh salah seorang jemaah tabligh.
Berkongsi kisahnya di laman Facebook, wanita bernama Zulaikha Zaki ini terharu dengan isi kandungan surat yang diberikan.
"Pesakit ni discharge petang tadi. Seorang tabligh. Then before dia balik, dia selit surat ni celah-celah kertas kat kaunter wad dalam dan tak ada bagi tahu siapa-siapa pun.
"Maybe dia tahu dia tak boleh sentuh or bagi kami apa-apa barang even kertas," tulis Zulaikha.
Wanita ini juga memohon agar kecaman terhadap jemaah tabligh dihentikan.
"Terharu... Jangan kecam mereka. Dalam wad, mereka semua behave. Sangat dengar kata. Kita kecam orang alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yang golongan baik dan arif dengan ilmu agama dulu," tulisnya lagi.
Berikut merupakan isi kandungan surat yang ditulis oleh jemaah tabligh itu:
Entri yang ditulis oleh Zulaikha menjadi tular di laman sosial dengan mendapat lebih 10,000 perkongsian dan mendapat lebih 13,000 tanda suka.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKP sehingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 1,796 orang dengan 20 rekod kematian.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video