Jumlah kes baru COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan dengan 2,148 lagi individu disahkan positif hari ini.

Kekal dengan jumlah empat angka, jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara meningkat kepada 367,977 setakat ini.

Jumlah kes positif tertinggi hari ini dipegang Sarawak dengan 512 kes diikuti Selangor dengan 459 kes.

Kelantan pula mencatatkan kes sebanyak 221 , Sabah 202, Johor 182 dan Kuala Lumpur 171 kes.

Pecahan kes baharu (2,148)

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, April 14, 2021

Dalam keterujaan menyambut Ramadan, orang ramai dinasihati untuk terus berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Bazar Ramadan dan tempat-tempat lain.