Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

COVID-19: Hari Hari Dah 'Main' Angka 3; 3,211 Lagi Kes Baru, Lapan Kematian Direkodkan

Azwa Rahman 15/01/2021 | 10:58 MYT
Kes harian negara masih melaporkan angka melebihi 3,000 dengan 3,211 kes direkodkan, menjadikan jumlah kes COVID-19 sebanyak 151,066 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula mencatatkan sebanyak 35,253 kes.
Menurutnya, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 3,206 kes adalah penularan tempatan manakala, sebanyak lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara.
“Terdapat 1,939 kes sembuh hari ini dan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 115,227 kes.
“Lapan lagi kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 sebanyak 586 kes,” katanya menerusi maklumat situasi COVID-19 dimuat naik pada laman sosial rasmi beliau di sini hari ini seperti dilaporkan Kosmo Online.
Ujarnya, sebanyak 204 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kredit Foto: BERNAMA
#Malaysia #COVID-19 #PKP
;