Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Covid-19: Hari Pertama Lockdown, Kes Kembali Melonjak Ke 7,105

Awani 01/06/2021 | 09:11 MYT
Hari pertama perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ telah menunjukkan kes baharu COVID-19 negara kembali melonjak kepada 7,105 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi, 2,068 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (817), Sarawak (703) dan Kelantan (531).
Berikut merupakan pecahannya mengikut setiap negeri:
Selangor - 2,068 (188,994)
Kuala Lumpur - 817 (59,471)
Sarawak - 703 (48,032)
Kelantan - 531 (28,319)
Johor - 431 (58,814)
Pulau Pinang - 400 (29,026)
Negeri Sembilan - 397 (26,702)
Perak - 387 (21,021)
Sabah - 318 (62,562)
Melaka - 249 (12,335)
Kedah - 236 (19,145)
Terengganu - 198 (8,969)
Pahang - 190 (9,767)
Labuan - 162 (3,884)
Putrajaya - 18 (1,910)
Perlis - 0 (511)
Sementara itu, Noor Hisham turut mengingatkan supaya orang ramai terus melakukan kuarantin kendiri selagi kes masih belum surut.
‘Total lockdown’ yang diarahkan oleh kerajaan bermula hari ini sehingga 14 Jun ini.
#Lockdown #PKP #'COVID-19 #Kes
;