Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

COVID-19: "Idola Teruk!" - Labuan Kembali Sifar Kes Baharu, Angka Harian Catat 19,631

Amri Hassan
17/08/2021 10:00 MYT
Sebanyak 19,631 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia direkodkan pada Selasa.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan Covid-19 di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini 1,444,270 kes.

Menurutnya, Selangor kekal sebagai negeri merekodkan kes tertinggi dengan 5,753 kes diikuti Sabah (2,103) dan Kedah (1,863).

"Seterusnya, Kuala Lumpur (1,765 kes), Johor (1,309 kes), Pulau Pinang (1,275 kes), Kelantan (1,268 kes), Perak (1,101 kes), Sarawak (835 kes), Negeri Sembilan (490 kes), Pahang (670 kes), Melaka (623 kes) dan Terengganu (498 kes).

"Putrajaya (41 kes), Perlis (37 kes) manakala, tiada jangkitan baharu di Labuan," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Untuk rekod, Labuan pernah mencatatkan sifar kes baharu pada 14 Ogos lalu.

Meninjau ruangan komen di Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ramai yang optimis dengan penurunan kes jangkitan harian dari semasa ke semasa.

"Mula menampakkan hasil daripada usaha yang dilakukan beberapa bulan lepas. Sabar banyak keberkatan.

"Harap kes akan terus turun hendaknya.

"Teruskan usaha, kita boleh lakukan.

"Labuan sifar. Vaksin betul-betul berkesan. Ambillah vaksin!

"Negeri yang rendah kadar vaksinasi semakin meningkat sementara Selangor, KL dan Sarawak mula menurun. Boleh mulakan vaksinasi walk-in di negeri lain.

"Selangor makin kurang, negeri lain pula semakin naik.

"Labuan idola teruk," tulis sebahagian pengguna di laman Twitter hari ini.
#KKM #COVID-19 #DG Hisham #Update