LAMAN UTAMA
COVID-19 – Jangkitan Kes Turun Lagi Kepada 10,915, Sarawak Masih Tertinggi
Jangkitan kes baharu COVID-19 merekodkan penurunan iaitu dengan 10,915 kes berbanding 11,889 hari sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu menerusi perkongsian terbaharu di akaun Twitter rasminya.
Menurut beliau, jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif kes adalah 2,268,499 kes.
Sarawak bagaimanapun dilaporkan kekal dengan kes harian tertinggi sebanyak 2,121 kes diikuti Selangor (1,386), Johor (1,124), Sabah (784) dan Kedah (574).
Berikut merupakan senarai penuh pecahan jangkitan baharu kes COVID-19 hari ini:
Selangor - 1,386 (680,616)
Sarawak - 2,121 (214,158)
Sabah - 784 (199,629)
Johor - 1,124 (198,186)
WPKL - 171 (186,520)
Kedah - 574 (136,119)
Pulau Pinang - 768 (131,756)
Kelantan - 1,288 (117,454)
Perak - 862 (104,050)
Negeri Sembilan - 211 (97,652)
Pahang - 504 (66,052)
Melaka - 216 (58,939)
Terengganu - 818 (57,162)
WP Labuan - 4 (9,969)
WP Putrajaya - 26 (6,206)
Perlis - 58 (4,031)
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pagi tadi berkongsi kadar vaksinasi terkini di Malaysia.
Menerusi ciapan di Twitter, Khairy atau KJ mendedahkan kadar vaksinasi negara kini sudah mencecah 86.8 peratus dengan populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka.
BACA: 4 Peratus Lagi Guys, Ayuh Lengkapkan 90 Peratus & Tuntut Janji Boleh Balik Kampung
Ini bermakna baki sekitar 4.2 peratus lagi akan melengkapkan sasaran 90 peratus kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa untuk membolehkan kita bebas merentas negeri sekaligus pulang ke kampung halaman bertemu keluarga selepas lama 'dikurung' kerana pandemik COVID 19.
Kredit foto: Azrul Rafie

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.