Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

COVID-19: JAWI Saran Semua Masjid Di Kuala Lumpur & Putrajaya Buat Solat Hajat

Zulaikha Yusof 06/11/2020 | 00:56 MYT
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau diri Jumaat sementara di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat hajat.
Pengarahnya Mohd Ajib Ismail berkata saranan bagi memohon perlindungan Allah SWT itu, susulan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi dan membimbangkan di negara ini sejak beberapa hari lepas.
“Disarankan solat hajat dilakukan hari ini (6 November) selepas solat Jumaat dan 7 hingga 9 November selepas solat Maghrib di semua masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Semoga doa yang dimunajatkan dengan penuh keikhlasan, rendah diri, keyakinan dan pengharapan diperkenan oleh Allah SWT,” katanya.
Malaysia mencatat jumlah kes baharu lebih 1,000 untuk tiga hari berturut sejak 3 November dengan jumlah kes hari ini sebanyak 1,009 kes.
BACA: COVID-19: Tolong Jangan Rentas Sempadan, Kes Kekal 4 Angka, 1,009 Kes Baharu & 6 Kematian Direkodkan
Sumber: Bernama
#Jawi #Putrajaya #KL #Solat Hajat
;