Laman Utama

COVID-19: Jumlah Kes COVID-19 Hampiri 5,000, Selangor Sahaja Catat Hampir 2,000!

gempak
Azwa Rahman
18/05/2021
08:53 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Jumlah Kes COVID-19 Hampiri 5,000, Selangor Sahaja Catat Hampir 2,000!
Sebanyak 4,865 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 479,421 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan 1,743 kes iaitu kekal negeri tertinggi, diikuti oleh Sarawak sebanyak 512 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 477 kes.
“Negeri lain ialah Johor (407 kes), Kelantan (406 kes), Kedah (244 kes), Pulau Pinang (220 kes), Perak (160 kes), Terengganu (156 kes), Pahang (152 kes), Negeri Sembilan (149 kes), Melaka (127 kes) dan Sabah (95 kes).
“Selebihnya, Putrajaya (sembilan kes), Labuan (enam kes) dan Perlis (dua kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.
Sumber: Kosmo Online Kredit foto: Xinhua
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live