Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Covid-19: “Keadaan Ibu Saya Sangat-Sangat Tidak Baik” – Achey Mohon Doakan Ibunya

Fiza Kamarudin 13/08/2021 | 01:29 MYT

Pelawak Acey telah mengemaskini keadaan terkini ibunya, Ngaisah Haissan, 73, yang sedang berjuang melawan Covid-19 tahap empat.

Achey berkata, keadaan ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor itu juga berada dalam keadaan tidak baik.
Menerusi hantaran di Instagram (IG) kira-kira jam 7 pagi tadi Achey turut memohon doa buat ibu kesayangannya itu.
“Salam Subuh…Saya tau doa anda sangat padat ketika ini tapi jika ada ruang kecil dalam doa kalian yang kosong, dapatlah kiranya ruang doa itu diisi untuk mak saya.
“Buat masa ini keadaan mak sangat-sangat tidak baik,” katanya.
Terdahulu, Achey memaklumkan keadaan ibunya tidak memuaskan kerana tahap kesihatannya tidak stabil dan diletakkan di wad stage 4 COVID-19 untuk pemerhatian rapi.

Ibunya juga mengalami radang paru-paru dan dimasukkan ubat anti radang sehingga 14 hari, selain turut mengalami demam serta diberi antibiotik untuk menguatkan badan juga terpaksa tidur secara meniarap.

Achey turut mendedahkan keluarganya mula dijangkiti virus berbahaya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.
Sehingga sekarang, seramai tujuh orang ahli keluarga disahkan positif manakala dua lagi masih menunggu keputusan ujian calitan.
Tambah pemilik nama Mohd Nasir Hamzah, dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya tidak dijangkiti kerana tinggal di rumah keluarga mentua sejak insiden jatuh motosikal sehinggakan patah tangan kiri dan retak tangan kanan.

#Achey #Ibu #COVID-19 #Ahli Keluarga Achey Positif #Tidur Meniarap
;