Laman Utama
COVID-19: Kes Baharu Bawah 3,000
Sebanyak 2,881 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 411,594 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut,
Selangor melaporkan sebanyak 759 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 445 kes dan Kelantan sebanyak 442 kes.
“Seterusnya, Kuala Lumpur (315 kes), Johor (310 kes), Pulau Pinang (133 kes), Kedah (111 kes), Negeri Sembilan (89 kes), Sabah dan Perak (masing-masing 64 kes), Melaka (54 kes), Pahang (47 kes) dan Terengganu (42 kes).
“Labuan dan Putrajaya pula masing-masing merekodkan tiga kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.
Ujarnya, Perlis tidak merekodkan kes baharu hari ini.
Sumber: Kosmo!
Must-Watch Video