Laman Utama
COVID-19: Kes Baharu COVID-19 Melonjak Lepasi 4,000
Wabak Covid-19 di negara ini sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi apabila lebih 4,000 kes baru dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, secara keseluruhan sebanyak 4,029 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam sejak tengah hari semalam.
Dalam tempoh itu juga sebanyak lapan kematian dicatatkan.
Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar dengan 1,466 kes diikuti Johor (719 kes), Sabah (449 kes) dan Kuala Lumpur (347 kes).
Perlis yang tidak mencatatkan sebarang kes baru semalam, kali ini mencatat 14 kes.
Sebelum ini kes baru tertinggi yang direkodkan KKM ialah 3,337 iaitu pada 14 Jan lalu. Sebelum itu kes tertinggi yang dicatatkan ialah 3,309 kes.
Kes bagi negeri lain ialah:
- Negeri Sembilan - 214 kes
- Kedah - 195 kes
- Kelantan - 141 kes
- Pulau Pinang - 120 kes
- Terengganu - 80 kes
- Pahang - 65 kes
- Sarawak - 69 kes
- Perak - 54 kes
- Melaka - 44 kes
- Putrajaya - 35 kes
- Labuan - 17 kes
Kredit foto: EPA-EFE
Must-Watch Video