Berita
COVID-19: Kes Baharu Kembali Ke 4 Digit, 1,054 & 12 Kematian Direkodkan. Tolonglah Duduk Rumah Semua!
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes baharu jangkitan virus COVID-19 hari ini meningkat ke empat digit iaitu sebanyak 1,054.
Daripada angka tersebut, 1,040 kes merupakan kes tempatan manakala 14 kes import.
Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan kes aktif di negara ini seramai 10,135 orang yang mana 94 daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 32 lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 875 orang pesakit berjaya sembuh namun 12 kematian baru dilaporkan hari ini.
Sehingga kini, negara sudah mencatatkan sebanyak 34,393 kes setakat 3 November 2020.
Dalam sidang media yang sama, Dr Noor Hisham masih terus mengingatkan agar seluruh rakyat memainkan peranan dan menjaga diri dengan mematuhi semua SOP yang telah dibuat.
Beliau turut menyeru agar semua kekal di rumah untuk tempoh sekurang kurangnya dua minggu jika tiada keperluan keluar demi memutuskan rantaian COVID-19 ini.