Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

COVID-19: Kes Baharu Kembali Melebihi 3 Ribu, 5 Daripadanya Kes Import

Syafiqah Jalal 10/02/2021 | 10:50 MYT
Malaysia merekodkan sebanyak 3,288 kes baharu membabitkan jangkitan COVID-19 pada Rabu yang merupakan peningkatan kembali kes berbanding hanya 2,764 direkodkan semalam.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,283 adalah kes tempatan manakala lima kes adalah kes import.
"Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kes positif virus itu sebanyak 251,604 kes.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 52,186 kes adalah masih aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, KKM menambah, sebanyak 14 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian ialah sebanyak 923 kes.
"Sebanyak 285 kes pula sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, sebanyak 131 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, menurut KKM, kes sembuh harian pula mencatatkan sebanyak 1,929 adalah menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh ialah sebanyak 198,495 kes.
#Kematian #COVID-19 #Pesakit #Kes
;