Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

COVID-19: Kes Baharu Meningkat Ke 6,988, Selangor & Kuala Lumpur Rekod Negeri Tertinggi

Zulaikha Yusof 01/07/2021 | 07:30 MYT
Malaysia masih merekodkan kes harian melebihi 6,000 dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sejumlah 6,988 kes baharu dilaporkan dengan kumulatif kes kini adalah 758,967 kes.
Dalam kemaskini di media sosial, Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi 2,885 diikuti Kuala Lumpur (988)dan Negeri Sembilan (692).
Berikut pecahan mengikut negeri:
Selangor - 2,885 (251,636)
Kuala Lumpur - 988 (78,666)
Negeri Sembilan - 692 (45,572)
Sarawak - 544 (65,395)
Melaka - 311 (18,726)
Johor - 270 (71,094)
Kedah - 250 (25,519)
Sabah - 232 (69,677)
Pahang - 195 (13,861)
Pulau Pinang- 174 (34,669)
Perak - 149 (26,777)
Labuan - 129 (8,298)
Kelantan - 108 (34,919)
Terengganu - 50 (11,251)
Putrajaya - 10 (2,312)
Perlis - 1 (595)
Sehingga kini, Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 758,967 kes setakat 1 Julai 2021.
#Selangor #Kuala Lumpur #COVID-19 #Kes Baharu #'KKM
;