Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Covid-19: Kes Baharu Menurun Dengan 732 Kes, Namun Mencatat Kematian Yang Agak Tinggi, 6 Kematian Direkodkan

ZULHILMI JALIL
21/10/2020 10:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 732 kes jangkitan baharu virus Covid-19 yang direkodkan pada hari ini.

Daripada angka tersebut, 724 kes merupakan kes tempatan manakala lapan kes import.

Pada hari ini juga, sebanyak enam kematian lagi dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 199 kes kematian direkodkan.

Bagaimanapun, sebanyak 580 orang pesakit berjaya sembuh dan dibenarkan pulang mendapatkan rawatan.

Angka berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 14,931 orang iaitu 65.04 peratus daripada keseluruhan kes.

Dalam pada itu, Sabah masih lagi mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 535 pesakit diikuti Selangor (116) dan Kuala Lumpur (26).

Setakat 21 Oktober, sebanyak 22,957 kes keseluruhan direkodkan di negara ini.



Jadi, jom sama-sama kita cuba putuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

Paling penting, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19!

Infografik: Kementerian Kesihatan Malaysia
Kredit Foto: Scientific American

#Sabah #COVID-19 #Kes