LAMAN UTAMA

COVID-19: Kes Baru Menurun Berbanding Semalam, Sarawak Masih Tertinggi

Asraf Aided 25/09/2021 | 09:40 MYT
Kes baru COVID-19 mencatatkan penurunan berbanding semalam dengan jumlah 13,899 dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah itu menjadikan kes kumulatif di Malaysia mencecah 2,185,131 kes setakat ini.
Seperti semalam, Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi dengan 2,712 diikuti Selangor (2,341), Johor (1,377), Kelantan (1,170) dan Perak (1,128).
Berikut adalah perincian kes setiap negeri seperti yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi akaun Twitter beliau.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard dan mengamalkan semua langkah yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya ini.
Foto: BERNAMA
#Sarawak #COVID-19 #Kes Baru #Kes Harian