Laman Utama
COVID-19: Kes Cecah Paras 20,000, Malaysia Catat Rekod Harian Tertinggi Berturut-Turut
Kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara melepasi paras 20,000 apabila 20,596 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, angka tertinggi sejak pandemik itu bermula.
Melalui satu ciapan di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini sebanyak 1,203,706 kes.
Seperti biasa, Selangor terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 8,549.
Ini diikuti Kuala Lumpur; 2,163, Kedah 1,446, Johor; 1,300 kes, Sabah; 1,062 kes, Pulau Pinang; 1,022 kes, Negeri Sembilan; 989 kes dan Perak; 916 kes.
Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 8,549 (442,574):
WPKL - 2,163 (133,588)
Johor - 1,300 (96,687)
Sabah - 1,062 (89,910)
Sarawak - 759 (79,522)
Negeri Sembilan - 989 (75,767)
Kedah - 1,446 (52,103)
Pulau Pinang - 1,022 (49,939)
Kelantan - 772 (46,695)
Perak - 916 (41,665)
Melaka - 622 (34,153)
Pahang - 426 (27,199)
Terengganu - 501 (19,213)
WP Labuan - 15 (9,698)
WP Putrajaya - 50 (4,237)
Perlis - 4 (756)