BERITA
Covid-19: Kes Kembali Meningkat 847 Kes Baharu, Sabah, Selangor & N. Sembilan Catat Kes Tertinggi
Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan sebanyak 847 kes jangkitan baru virus Covid-19 di negara ini pada hari ini.
Daripada angka tersebut sebanyak 842 merupakan kes tempatan, manakala 5 pesakit lagi merupakan kes import.
Bagaimanapun, sebanyak lima kematian direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 204 kes kematian.
Sementara itu, sebanyak 486 pesakit yang berjaya sembuh dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini sebanyak 15,417 kes.
Begitupun, sebanyak 8,183 kes lagi yang masih aktif dengan 90 pesakit daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 29 individu lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Berdasarkan pecahan negeri, Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 578 kes diikuti Selangor (137) dan Negeri Sembilan (38).
Setakat 22 Oktober, negara sudah merekodkan 23,804 kes jangkitan Covid-19 secara total.
Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19!
Infografik: Kementerian Kesihatan Malaysia
Kredit foto: Astro Awani