Laman Utama

COVID-19: Kes Makin Tinggi, 5,439 Kes Dicatatkan Hari Ini!

gempak
Hanafis Haris
01/12/2021
10:33 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Kes Makin Tinggi, 5,439 Kes Dicatatkan Hari Ini!

Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menyaksikan sedikit peningkatan.Menerusi data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes meningkat kepada 5,439 kes berbanding 4,879 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,638,221 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow: covidnow.moh.gov.my.

“Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

“Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live