Laman Utama

COVID-19: Kes Melonjak Hingga 7,654! Selangor Paling Kritikal Hingga Mencecah…

gempak
Hanafis Haris
06/07/2021
08:02 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Kes Melonjak Hingga 7,654! Selangor Paling Kritikal Hingga Mencecah…

Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 7,654 hari ini.

Jumlah berkenaan dilihat agak tinggi memandangkan semalam, negara merekodkan sebanyak 6,387.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , jumlah keseluruhan pula sudah mencecah 792,693 kes.

Menerusi statistik dikeluarkan, Selangor adalah yang paling tinggi dengan 3,260 dicatatkan.

Bilangan itu kemudian diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,550 dan Negeri Sembilan 698.

Negeri lain pula mencatatkan 300 kes ke bawah.

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan mengikut negeri di bawah.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live