Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

COVID-19: Kes Melonjak Naik 9,117, 11 Angka Korban Hari Ini!

Amri Hassan
05/02/2022 09:56 MYT
Jumlah kes harian COVID-19 pada Sabtu terus melonjak apabila 9,117 kes baharu direkodkan bagi tempoh 24 jam yang lalu.

Pertambahan kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik di negara kini sebanyak 2,904,131 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, COVID-19 juga meragut 11 nyawa berdasarkan data COVIDNOW setakat semalam.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif bagi kes kematian kini sebanyak 32,011 kes.

Daripada jumlah itu juga, sebanyak empat kes kematian Brought In Dead (BID) yang dilaporkan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjangkakan jangkitan COVID-19 akan terus meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Jangkaan itu berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron ketika ini.

"Setakat ini, keseriusannya adalah lebih rendah daripada (varian) Delta. (Namun) kekal berjaga-jaga. Dapatkan dos penggalak," katanya menerusi ciapan di Twitter, pada Sabtu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Berita #KKM #Jangkitan #COVID-19 #Kes #DG Hisham