LAMAN UTAMA

COVID-19: Kes Melonjak Naik Ke 6,437, Selangor Kekal Negeri Tertinggi

Zulaikha Yusof 29/06/2021 | 08:21 MYT
Malaysia merekodkan kes harian melebihi 6,000 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sejumlah 6,437 kes baharu dilaporkan dengan kumulatif kes kini adalah 745,703 kes.

Dalam kemaskini di media sosial, Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi 2,299 diikuti Kuala Lumpur (1,361)dan Negeri Sembilan (700).

Berikut pecahan mengikut negeri:

Selangor - 2,299

Kuala Lumpur - 1,361

Negeri Sembilan - 700

Kedah - 284

Johor - 271

Melaka - 252

Pahang - 250

Sarawak - 242

Perak - 184

Sabah - 178

Kelantan - 131

Labuan - 117

Pulau Pinang- 115

Putrajaya - 32

Terengganu - 21

Perlis - 0

Sehingga kini, Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 745,703 kes setakat 29 Jun 2021.

#KKM #Selangor #COVID-19 #Kes Harian #Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah