Skip to main content

Viral

COVID-19: Kes Melonjak Naik Ke 8,209, Selangor Kekal Negeri Tertinggi

covidlockdown_1.jpg
Hari ketiga pelaksanaan ‘total lockdown’ harini mencatatkan kes baharu harian COVID-19 melonjak naik dengan 8,209 jangkitan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan terbaharu di Twitternya hari ini berkata, jumlah pertambahan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 595,374 kes.

Dalam pecahan tersebut terus menjadi negeri tertinggi jumlah kes baharu iaitu sebanyak 3,125, diikuti Kuala Lumpur (801), Johor (752), Sarawak (594), dan Negeri Sembilan (576).

Pecahan kes baharu setiap negeri dan jumlah kumulatif adalah seperti berikut:

Selangor - 3,125 (194,847)
Sabah - 203 (63,019)
WPKL - 801 (60,973)
Johor - 752 (60,120)
Sarawak - 594 (49,214)
Pulau Pinang - 303 (29,736)
Kelantan - 414 (29,274)
Negeri Sembilan - 576 (27,864)
Perak - 384 (21,629)
Kedah - 373 (19,801)
Melaka - 322 (12,866)
Pahang - 135 (10,139)
Terengganu - 127 (9,320)
WP Labuan - 62 (4,105)
WP Putrajaya - 33 (1,944)
Perlis - 5 (523)
 

Must-Watch Video

Advertisement