Laman Utama
COVID-19: Kes Meningkat Lagi... Rekodkan 5,841 Jangkitan Hari Ini!
Kes jangkitan harian COVID-19 kembali meningkat dengan jumlah dilaporkan adalah 5,841 kes berbanding semalam 5,244 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,072 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 781 kes dan Sarawak sebanyak 581 kes.
"Seterusnya Kuala Lumpur (552 kes), Johor (346 kes), Kedah (271 kes), Melaka (247 kes), Labuan (212 kes), Sabah (203 kes), Pahang (162 kes), Kelantan (135 kes), Perak (120 kes) dan Pulau Pinang (108 kes).
"Terengganu pula sebanyak 29 kes manakala, Putrajaya 17 kes dan Perlis lima kes baharu hari ini," katanya.
Foto: The Edge Market
Must-Watch Video