LAMAN UTAMA
COVID-19: Kes Naik Lagi Dengan 3,270 Kes Dilaorkan Dalam Tempoh 24 Jam
Sebanyak 3,270 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 2,773,156.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di laman Twitter, sebentar tadi.
Katanya, perincian lanjut berhubung kes COVID-19 akan dimuat naik di laman COVIDNOW.
Setakat semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 31 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik adalah kepada 31,591 orang.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan daripada wabak berbahaya ini.
Sumber: Astro AWANI