Virus Covid-19 terbaru yang digelar Omicron disahkan sudah memasuki Malaysia.

Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi beberapa hantaran di Twitternya.

Menurut Khairy, kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan 19 November 2021.

"Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa KLIA.

“Penting untuk diperhatikan bahawa kes ini masuk ke Malaysia pada 19 November, sebelum Afrika Selatan melaporkan kes pertama kepada WHO,” katanya.

Jelasnya, apa yang penting individu tersebut mematuhi sepenuhnya SOP kuarantin serta pemantauan kendiri di rumah.

“Individu tersebut telah divaksinasi & tanpa sebarang simptom. Kami telah melakukan ‘contact tracing; baik secara automatik dan manual,” katanya.