Laman Utama
COVID-19: Kes Positif Baharu Menurun 22,262 Hari Ini - "Tahniah PM Baru, Kes Dah Turun!"
Angka kes positif Covid-19 menurun kepada 22,262 kes hari ini berbanding 23,564 kes pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut Selangor kekal melaporkan kes tertinggi iaitu 7,011.
Ia diikuti Sabah (2,651), Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558) dan Kuala Lumpur (1,220).
Meninjau reaksi netizen terhadap penurunan kes, ada yang berseroloh penurunan itu selari dengan patahnya hati dengan pernikahan Hero Pujaan Malaya, Remy Ishak hari ini.
"Orang tengah sibuk tengok Remy (Ishak) ni.
"Bertabahlah Remy, lepas kes COVID-19 dah stabil, leh buat majlis sekali lagi.
"Tahniah PM baru, kes dah turun.
"Esok Pak Long dah boleh masuk PMO reviu dan revise baliklah apa-apa patut. Rakyat tunggu ni," demikian beberapa ciapan pengguna Twitter.
Must-Watch Video